Kelas Usahawan Dropshipping(Shopee)

18 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober 2020: Pusat Internet Maxis Perlis telah mengambil bahagian untuk berkongsi ilmu mengenai Pemasaran Digital bersama para usahawan setempat. Program ini diadakan di Pusat Internet RPA Arau. Program bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta untuk menggunakan platform marketplace bagi tujuan penjualan produk secara atas talian. Antara modul yang di ajar sepanjang program adalah Penghasilan akaun shopee dan cara menjual di shopee. Selepas program ini setiap peserta akan mempunyai akaun perniagaan shopee masing-masing. Selain itu, peserta juga dapat belajar menggunakan internet untuk mencari maklumat dan cara memasarkan produk mereka menggunakan akaun shopee dengan bimbingan staff Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali