E-Rezeki PID Bersama Giatmara Padang Besar (Aircond)

26 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Feb 2020, pihak pengurusan Pusat Internet Tambun Tulang dan Pusat Pokok Jawi telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar GiatMara Padang Besar Kursus Aircond dengan kerjasama bersama Pusat Internet Desa. Program yang diadakan di Pusat Internet RPA Arau disertai oleh 12 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program adalah mengenai penggunaan website E-Rezeki dimana untuk menjana pendapatan secara atas talian melalui pekerjaan digital. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia ada dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali