Kursus Keusahawanan Giatmara Padang Besar (Aircond)

4 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Mac 2020, pihak pengurusan Pusat Internet Tambun Tulang dan Pusat Pokok Jawi telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar GiatMara Padang Besar Kursus Aircond. Program yang diadakan di Pusat Internet RPA Arau disertai oleh 12 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka.

Antara isi kandungan program adalah mengenai fotografi produk dimana peserta diberi pendedahan untuk mengambil gambar dengan betul dari pelbagai sudut. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia ada dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali