Kelas ICT Pelajar Tingkatan 3

12 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2020, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan kelas ICT kepada pelajar tingkatan 3. Kelas ini adalah untuk mendedahkan penggunaan komputer dan pengendalian atas talian dengan berkhemah kepada pelajar. Kelas ini dihadiri seramai 2 orang dan bermula dari pukul 10.00 Pagi sehingga 12.00 tengahari.

Tujuan kelas diadakan bagi melatih para peserta untuk mencari pengetahuan am dengan menggunakan internet melalui portal-portal yang disediakan bagi tujuan pembelajaran subjek disekolah. Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali