Taklimat KDB & PDPA

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2020: Pusat Internet Maxis Perlis telah mengambil bahagian untuk berkongsi ilmu mengenai kesedaran klik dengan bijak serta perlindungan data peribadi bersama para komuniti setempat. Program ini diadakan di Pusat Internet RPA Arau. Program bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada peserta betapa pentingnya keselamatan dalam menggunakan internet di samping mengetahui tentang hak-hak perlindungan data peribadi mereka. Sepanjang program juga diselitakn dengan permainan kahoot untuk menguji sejauh mana kefahaman peserta tentang KDB & PDPA. Selepas program ini setiap peserta sudah tahu tentang keselamatan menggunakan internet ddan hak untuk melindungi data peribadi mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali