Program Kursus Kepimpinan Dan Advokasi Sekolah Raja(P) Budriah Chemumar

10 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Mac 2020, pihak pengurusan Pusat Internet Maxis Perlis telah mengadakan program kursus kepimpinan dan advokasi kepada pelajar Sekolah Raja (p) Budriah Chemumar. Program yang diadakan di dewan sekolah telah disertai oleh 48 orang peserta yang merangkumi pengawas, pengawas pusat sumber, penolong dan ketua darjah serta berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para peserta menjadi seorang ketua atau pemimpin yang berilmu serta berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi. Antara isi kandungan program adalah mengenai ceramah kepimpinan, advokasi klik dengan bijak(cyber grooming & maklumat palsu), aktiviti telefon rosak melalui lisan dan gaya serta kuiz. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menigkatkan lagi motivasi diri dan bersemangat untuk menjalankan tugas yang diberi serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali