Program Penampilan Diri & Penjagaan Kulit Serta Taklimat Advokasi Giatmara Padang Besar

16 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2020, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan program penampilan diri & penjagaan kulit serta taklimat advokasi bersama pelajar Giatmara Padang Besar. Program ini adalah untuk mendedahkan betapa pentingnya untuk menjaga kulit dan penampilan diri sewaktu muda remaja lagi disamping memberi kesedaran tentang kepentingan untuk klik dengan bijak.

Kelas ini dihadiri seramai 15 orang dan bermula dari pukul 09.00 Pagi sehingga 12.00 tengahari. Kebaikannya adalah para peserta dapat mengubah tanggapan supaya sentiasa menjaga penampilan diri dan kecantikan luaran dan dalaman serta sedar betapa pentingnya untuk menggunakan internet secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali