Presentation SKM & Pembelajaran Penyediaan Laporan Microsoft Office

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 januari 2020, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan kelas Microsoft Office kepada guru Taska Permata Tambun Tulang. Kelas ini dianjurkan adalah bertujuan mengajar dan memberi latihan kepada peserta agar lebih mahir dalam penggunaan Microsoft Office sekaligus meningkatkan lagi kemahiran mereka. Kelas ini dihadiri seramai 2 orang dan bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Tujuan kelas diadakan bagi melatih para peserta untuk mencari pengetahuan am dengan menggunakan internet melalui portal-portal yang disediakan bagi tujuan pembelajaran tugasan esaimen yang diberikan. Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali