Kelas Membaiki Telefon Bimbit & Mikrofon

16 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2020: Pusat Internet telah menjalankan kelas membaiki telefon bimbit dan mikrofon. Program bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah. Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara-cara membaiki telefon bimbit & mikrofon. Peserta dilatih dan di beri tunjuk ajar mengenai segala bentuk aspek kemahiran membaiki telefon bimbit. Selain itu, peserta juga belajar membezakan jenis-jenis mikrofon berdasarkan ciri-ciri directionality. Ciri-ciri ini akan menentukan kepekaan sesuatu mikrofon untuk mengesan bunyi atau pickup pattern. Terdapat dua jenis mikrofon yang digunakan dalam pendidikan berdasarkan ciri-ciri seperti ini : Mikrofon unidirectionality atau cardiod serta Mikrofon omnidirectional.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali