Taklimat eKelas PI Tambun Tulang & PI Kg Surau

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Mac 2020, Pusat Internet Tambun Tulang dan Pusat Internet Kg Surau telah mengadakan taklimat pengenalan Portal eKelas dan Live Tutorial (Maxis) kepada pelajar Darjah 6 - Tingkatan 5. Seramai 12 orang murid telah terlibat dan mereka diberi taklimat berkaitan pendidikan secara digital yang dianjurkan oleh pihak Maxis iaitu, Portal eKelas dan Live Tutorial. Program Live Tutorial dan Portal eKelas kini sudah berada di Pusat Internet Tambun Tulang dan Pusat Internet Kg Surau, pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Matapelajaran utama bagi kelas ini adalah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Penekanan dari segi nota padat dan ulangkaji diberikan terutama kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Diselit juga dengan taklimat advokasi mengenai isu-isu semasa, permasalahan dan jenayah di media sosial serta internet mengikut akta-akta kesalahan dibawah MCMC. Ia adalah bertujuan untuk memberi kesedaran, tanggungjawab dan kewaspadaan kepada pengguna internet seterusnya mengetahui dan mematuhi isu keselamatan. Antara slot taklimat yang diberikan adalah taklimat Advokasi dan Klik Dengan Bijak (KDB) meliputi “Online Grooming”, maklumat palsu dan “oversharing”. Aktiviti sampingan juga diadakan seperti kuiz kahoot dan sesi soaljawab bersama pelajar dan penyampaian cenderamata.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali