Kelas Keusahawanan Worldwide
14 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2020, pihak pengurusan Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan PROGRAM KEUSAHAWANAN WORLDWIDE. Program yang diadakan Di Pusat Internet Tambun Tulang disertai oleh 10 orang peserta dan berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka.
Antara isi kandungan program pada hari ketiga program dijalankan adalah mengenai penggunaan whatsapp dan Instagram dalam mempromosikan perniagaan. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: