Kelas ICT & Kemaskini SSM Atas Talian

5 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2021: Pusat Internet Komuniti ( Maxis) mengadakan kelas ICT & Kemaskini SSM atas talian bertempat di PIK Tambun Tulang. Kelas bermula jam 10:00 pagi dan berakhir jam 11:00 pagi. Peserta diajar asas menghidupkan komputer dan fungsi komputer secara asas. Peserta juga diberi penerangan tentang proses komputer dan kelebihan menggunakan komputer untuk menjalankan sesuatu urusan penting. Peserta juga diterangkan berkaitan laman sesawang yang berkaitan untuk digunakan bagi mengemaskini SSM. Melalui kelas ini, peserta yang terdiri daripada komuniti setempat ini memahami penggunaan komputer dan langkah mengemaskini data SSM dengan tepat.

Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan Pusat Internet Komuniti kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali