Quater 3 Internal Training Pusat Internet Maxis Utara Videography –Phone Videography

12 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September 2021, staf Pusat Internet telah menghadiri PIk Staff Internal Training – Smart Phone Videography yang diadakan secara maya atau dikenali online training. Tujuan kursus ini bagi meningkatkan pengetahuan dalam menggunakan aplikasi video editing di smart phone serta cara mengaplikasikan sesuatu video yang biasa kepada yang luar biasa.

Bengkel ini dimulakan dengan sesi perkenalkan diri dan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan.Peserta terdiri daripada staf Pusat Internet Komuniti dari Perlis dan Kedah. Bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada staff Pusat internet Komuniti bagi memantapkan ilmu pengetahuan videography dalam menggunkan smartphone. Antara topik yang ditekankan adalah editing video, cara pengambilan video dan penghasilan video produk/perkhidmatan. Selain itu, memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus. Peserta dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam mengendalikan majlis atau program kepada usahawan setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali