Kelas Personal Coaching bersama Usahawan

5 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Nov 2021: Pusat Internet Komuniti Tambun Tulang telah membuat temujanji bersama usahawan untuk personal coaching. Temujanji diadakan bermula jam 09.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi. Usahawan diminta untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan staff PIK akan memberi pendapat bagaimana menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu, usahawan juga berkongsi data semasa berkenaan perniagaan beliau.

Melalui pertemuan ini, usahawan yang baru berjinak dengan dunia perniagaan dapat memperkembangakan lagi ilmu pengetahuan mereka dalam latihan mengedit gambar produk mereka untuk menarik perhatian pembelian. Seterusnya, usahawan juga diberi pendedahan dan latihan berkaitan penggunaan aplikasi Shopee yang dapat membantu untuk menjana pendapatan. Dengan penggunaan aplikasi Shopee peserta dapat mengembang serta memperluaskan lagi produk jualan mereka secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali