Kelas ICT Tahun 4

21 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mac 2021: Pusat Internet Komuniti ( Maxis) mengadakan kelas ICT tahun 4 bertempat di PIK Tambun Tulang. Kelas bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Peserta diajar asas teknik menggunakan komputer dan mengetahu fungsi komputer secara tepat. Peserta juga diberi penerangan berkaitan perisian komputer secara asas bagi membolehkan mereka memahami fungsi sebenar perisian tersebut. Melalui kelas ini, peserta yang baru berjinak untuk menggunakan komputer sebagai alat teknologi utama dalam pembelajaran dapat mempelajarinya dengan tepat dan mudah.

Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan Pusat Internet Komuniti kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali