Program Pemasaran Atas Talian bersama Pelajar IKBN

26 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 & 25 April 2021: Pusat Internet Komuniti Tambun Tulang telah mengambil bahagian sebagai tenaga pengajar bagi program pemasaran atas talian bersama pelajar IKBN. Program diadakan selama 2 hari bermula jam 09.00 pagi dan berakhir jam 01.00 petang. Peserta diajar menggunakan laman facebook, whtsapp dan shopee. Selain itu, peserta juga belajar cara menyunting gambar supaya kelihatan lebih menarik dan kreatif. Melalui kelas ini, usahawan yang baru berjinak dengan dunia perniagaan dapat memperkembangakan lagi ilmu pengetahuan mereka dalam latihan mengedit gambar produk mereka untuk menarik perhatian pembelian. Seterusnya, peserta juga diberi pendedahan dan latihan berkaitan penggunaan aplikasi Shopee yang dapat membantu untuk menjana pendapatan. Dengan penggunaan aplikasi Shopee peserta dapat mengembang serta memperluaskan lagi produk jualan mereka secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali