Kelas Tahun 2 Software Paint

8 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Tambun Tulang telah mengadakan kelas mingguan ICT kepada pelajar tahun 2. Kelas ini adalah untuk mendedahkan penggunaan komputer dan pengendalian atas talian dengan berkhemah kepada pelajar. Kelas ini dihadiri seramai 5 orang dan bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Tujuan kelas diadakan bagi melatih para peserta untuk menggunakan komputer dengan mempelajari asas ICT seperti melukis secara digital menggunakan software paint. Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk menggunakan komputer dengan betul dan cekap sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali