Kelas Perniagaan Dalam Platform Shopee

21 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2021: Pusat Internet Komuniti Tambun Tulang telah mengadakan kelas perniagaan dalam platform Shopee. Kelas bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Peserta diajar menggunakan laman web shopee iaitu laman web penjual yang digunakan untuk menjual produk secara atas talian. Selain itu, peserta juga belajar cara menyunting gambar supaya kelihatan lebih menarik dan kreatif.

Melalui kelas ini, usahawan yang baru berjinak dengan dunia perniagaan dapat memperkembangakan lagi ilmu pengetahuan mereka dalam latihan mengedit gambar produk mereka untuk menarik perhatian pembelian. Seterusnya, peserta juga diberi pendedahan dan latihan berkaitan penggunaan aplikasi Shopee yang dapat membantu untuk menjana pendapatan. Dengan penggunaan aplikasi Shopee peserta dapat mengembang serta memperluaskan lagi produk jualan mereka secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali