Taklimat Pendaftaran Perniagaan Sijil Syarikat Malaysia (SSM)

14 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2022 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) negeri Perlis telah dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat kesedaran yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Taklimat tersebut telah diadakan secara maya menerusi platform Microsoft Teams (Ms Teams) dan dikendalikan oleh Eksekutif dari Seksyen Operasi,SSM. Objektif taklimat tersebut adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan Pendaftaran Perniagaan. Antara topik yang dikongsikan adalah berkaitan pengenalan dan fungsi SSM, jenis-jenis entiti perniagaan, SSM BizTrust, produk SSM, tutorial pendaftaran serta pengaktifan ID pengguna di EzBiz Online.

Beliau juga turut berkongsi maklumat berkaitan insentif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah diperkenalkan kepada golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin mendaftarkan perniagaan secara percuma. Pihak SSM turut mensasarkan sebanyak 180,000 golongan usahawan dikalangan golongan B40 dan pelajar IPT dapat didaftarkan melalui skim insentif tersebut. EzBiz adalah sistem perkhidmatan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan perakuan pendaftaran dan penamatan perniagaan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali