Bengkel Asas Capcut bersama Kemas Simpang Empat

8 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 07 November 2022, KEMAS Simpang Empat dengan kerjasama PEDi Maxis menganjurkan Program Bengkel Asas CapCut bertempat di Dewan Serbaguna KEMAS Simpang Empat. Aktiviti yang dijalankan adalah mengikut Modul Bengkel Asas CapCut seperti Pengenalan kepada Aplikasi CapCut, teknik memasukkan video dan gambar bersama muzik. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara staff dengan agensi kerajaan.

Selain itu, program sebegini dapat mendekatkan lagi PEDi sebagai sebuah pusat sehenti dan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan zaman moden ini. Program ini juga diselitkan dengan Taklimat Klik Dengan Bijak berkenaan dengan penipuan internet dan oversharing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali