Kelas Coaching Usahawan Hari Ke-2
19 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniKelas coaching usahawan diteruskan lagi bagi hari yang kedua pada hari Jumaat, 18 Februari 2022. Jika pada minggu lepas usahawan yang terdiri daripada surirumah ini belajar tentang teori asas perniagaan atas talian, kali ini beliau belajar tentang praktikal pula. Kelas yang berlangsung di kediaman usahawan, selama 4 jam bermula dari 9.00 pagi ini dihadiri oleh seorang peserta. Beliau turut diajar tentang cara membina halaman facebook, menjual di facebook dan menggunakan akaun whatsapp perniagaan. Kelas tamat pada pukul 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: