Kelas Jana Duit Poket Sebagai Ejen Dropship

14 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Jana Duit Poket Sebagai Ejen Dropship telah berlangsung pada hari Ahad, 13 Februari 2022. Kelas ini telah lama dirancang oleh Rakan Digital PEDi Tambun Tulang tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, dan akhirnya berjaya juga dilangsungkan. Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan PEDi Tambun Tulang, selama 3 jam bermula dari 9.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 2 orang peserta. Mereka diajar tentang bagaimana menjana duit poket atau sampingan dengan tanpa perlu pegang stok. Caranya adalah dengan menjadi ejen dropship dan promosikan barangan jualan mereka di laman social peribadi mereka atau pun halaman facebook. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali