Bengkel MIV Peringkat Negeri Perlis

17 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 dan 16 Oktober telah berlansungnya bengkel MIV peringkat negeri Perlis. Program ini diadakan di Hotel Seri Malaysia. Program ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. Tujuan program ini diadakan ialah untuk menerangkan kepada sukarelawan aktiviti yang perlu dilakukan sepanjang penglibatan menjadi sukarelawan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat membantu usahawan mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali