Program Photophone Bersama Kemas (Photography)

16 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 March 2022, Jabatan Kemajuan Masyarakat Simpang Empat (KEMAS) dengan kerjasama beberapa buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi Maxis) menganjurkan program photophone bagi mengajar dan membimbing peserta yang terdiri daripada usahawan seramai 15 orang cara mengambil gambar produk dengan betul. Peserta juga diberi tugasan untuk mengambil gambar produk mengikut daya kreativiti masing-masing. Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Program seperti ini meningkatkan pembangunan modal insan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang berteraskan pembangunan kompetensi dan kemajuan kerjaya (Attitude, Skills & Knowledge)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali