Bengkel pemprofilan maklumat kampung KEMAS Parlimen Arau
23 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital ( PEDi ) Tambun Tulang bersama KEMAS parlimen Arau dalam Bengkel Pemprofilan Maklumat Kampung KEMAS parlimen Arau. Program dimulakan dengan staf PEDi memberi Taklimat Advokasi modul Maklumat Palsu dan Penipuan Atas Talian. Setelah itu, staf PEDi membantu peserta yang terdiri dari wakil setiap kampung dari parlimen Arau bagi mengemaskini maklumat kampung masing-masing mengikut data terkini bagi tahun 2022. Aktiviti bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Program ini dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: