Program #QuranHour Bersalam Perpustakaan Desa Tambun Tulang

27 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2022 telah berlangsung Program #Quranhour dengan kerjasama Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Program ini berlangsung di perpustakaan Desa Tambun Tulang bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari. Program ini diadakan bagi meraikan Ramadhan dan menggalakkan peserta untuk mengenali Al-Quran. Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PEDi Tambun Tulang antaranya mewarna dan bacaan surah-surah lazim. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali