Program Ramah Mesra KRT Bersama Komuniti

21 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Program ramah mesra KRT Taman Cempaka Putih bersama komuniti telah berlangsung pada hari Ahad, 20 Februari 2022 dengan kerjasama persatuan penduduk Taman Cempaka Putih dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tambun Tulang. Program yang dirancang lebih kurang seminggu yang lepas mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari komuniti Taman Cempaka Putih.

Program yang berlangsung di padang bola sepak Taman Cempaka Putih dan juga PEDi Tambun Tulang, selama 8 jam bermula dari 9 pagi ini dihadiri oleh 100 orang penduduk taman. Seramai 25 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna, manakala sebahagian dari wargaemas, belia dan wanita menyertai pertandingan sepak penalti. Di samping itu, semasa aktiviti dijalankan turut disediakan makanan seperti bihun goring, kuih muih dan bubur lambuk yang akan diedarkan untuk 312 buah rumah dalam Taman Cempaka Putih. Program bersurai pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali