Teknik Pemasaran Digital Shopee
6 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPihak Rakan Digital PEDI RPA Arau, Tambun Tulang, Batas Lintang dan Padang Besar Selatan telah mengadakan Program Teknik Pemasaran Digital Shopee kepada usahawan MARDI Perlis. Program yang diadakan di PEDi Tambun Tulang disertai oleh 13 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00Petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program adalah mengenai penggunaan shopee yang dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka secara atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: