Advokasi E-Kitar @ Perpustakaan Desa Tambun Tulang

15 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember 2023, telah berlangsung Advokasi E-Kitar @ Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Program ini berlangsung di Perpustakaan Desa Tambun Tulang bermula pada 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran tentang pengurusan sisa e-waste dan memperkenalkan PEDI sebagai salah satu pusat pengumpulan sisa E – Waste.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali