Basic ICT mewarna dan menyusun puzzle | E-Learning menyenali nama-nama haiwan dan kenderaan @ Perpustakaan Desa TT

15 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 December 2023 telah berlansung Program Jom ke Perpustakaan di Perpustakaan Desa Tambun Tulang bermula pada 9 pagi hingga 12:30 tengah hari. Tujuan aktiviti ini diadakan satu program yang diadakan bagi memupuk semangat membaca dalam setiap pelajar. Antara matlamat yang ingin dicapai sepanjang program ini ialah mewujudkan insan yang berilmu pengetahuan yang luas di samping memupuk hobi membaca. Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PEDi Tambun Tulang antaranya aktiviti mewarna dan menyusun puzzle menggunakan tablet.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali