Shopee Marketing dan Usahawan Giatmara Padang Besar [Kursus Jahitan]
21 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2023, telah berlangsung Kelas Pemasaran Shopee bersama GiatMara Padang Besar kursus Jahitan. Program ini berlangsung bermula pada pukul 9pagi hingga 1 petang. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran awal kepada komuniti setempat terutama sekali remaja tentang keselamatan ketika menggunakan internet serta kegiatan jenayah siber yang semakin berleluasa. PEDi yang terlibat adalah PEDi Batas Lintang, PEDi Tambun Tulang. Staf PEDi mengambil kesempatan ini untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti mengenai aplikasi Shopee dan cara untuk mencipta akaun seller bertujuan menghasilkan Shopee affiliate sebagai platform untuk mempromosikan produk-produk dan servis pengiklanan yang menjanjikan keuntungan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: