Risiko Keselamatan Kepada Kanak-Kanak & Permainan interaktif @ Perpustakaan Awam Negeri Perlis
21 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 20 Disember 2023, telah berlangsung Advokasi Risiko Keselamatan Kepada Kanak- Kanak @ Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPNP). Program ini berlangsung di Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPNP) bermula pada 10.00 pagi sehingga 12.30 Tengah hari. Program ini berlangsung dengan kerjasama Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPNP). Program ini diadakan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet.dan memperkenalkan PEDI sebagai salah satu pusat internet yang dilindungi oleh SKMM dengan penggunaan yang terkawal kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: