Advokasi KDB @ Program Jerayawara AntiGangguan Seksual Perlis

30 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober 2023, telah berlangsung Advokasi @ Program Jerayawara AntiGangguan Seksual Negeri Perlis. Program ini berlangsung di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Khoon Aik bermula pada 7.00 pagi sehingga 2.00 petang. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak KPWKN. Program ini diadakan untuk mendidik serta meningkatkan kesedaran masyarakat bagi menghentikan perlakuan dan perbuatan gangguan seksual melalui bantuan dan perkhidmatan psikososial KPWKM serta menyebarluas pemakaian garis panduan dan notis antigangguan seksual kepada masyarakat.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali