STeM Sandwich Ayam @ Genius Tambun Tulang

5 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 December 2023, telah berlangsung STEM Sandwich Ayam bersama Permata genius Tambun Tulang, Program ini berlangsung bermula pada pukul 8.30 pagi – 10.30 petang. Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staff PEDi dan juga komuniti selain dapat memperkenalkan khasiat – khasiat dari Piramid Makanan yang terkandung di dalam Sandwich Ayam. Di samping memberi pendedahan tentang keselamatan penggunaan internet dan fungsi Pusat Ekonomi Digital. PEDi yang terlibat PEDi Tambun Tulang. Staff PEDi berkongsi mengenai kempen keselamatan ICT iaitu Klik Dengan Bijak kepada komuniti yang datang.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali