Program Taklimat Advokasi & KDB Bersama Perpustakaan Desa Tambun Tulang

21 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2023 telah berlangsung Program Taklimat Advokasi & KDB Bersama Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Program ini berlangsung di Perpustakaan Desa Tambun Tulang bermula pada 9 pagi hingga 12:15 tengah hari. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang Pusat Ekonomi Digital yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada remaja di sekolah. Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PEDi Tambun Tulang antaranya kuiz Klik dengan Bijak.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali