Advokasi KDB @ Aerobathon 2 Hours Challenge (Hari Belia Negara)

10 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2023, telah berlangsung Advokasi KDB @ Aerobathon 2 Hours Challenge (Hari Belia Negara). Program ini berlangsung di UTC Kangar, Perlis bermula pada 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi. Progran ini disertai oleh PEDi Tambun Tulang dan PEDi Batas Lintang.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali