Advokasi KDB @ Kacau Bubur Asyura Bersama Komuniti

6 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2023, PEDi Maxis dan KRT Batas Lintang telah bekerjasama mengadakan acara kacau bubur asyura bersama komuniti. Program ini secara tidak langsung memupuk amalan bersedekah dengan agihan bubur asyura kepada penduduk setempat.

Ikatan silaturahim antara Ketengah dengan penduduk dan semangat pemuafakatan juga dapat dieratkan lagi dengan program sebegini. Bubur asyura ini disediakan secara gotong-royong oleh staff PEDi dan komuniti setempat bermula dari penyediaan bahan mentah sehinggalah kepada proses memasak, membungkus dan edaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali