Advokasi KDB @ CIMB

10 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Ogos 2023, telah berlangsung Taklimat Klik dengan Bijak di Program bersama CIMB. Program ini berlangsung di PEDi Tambun Tulang bermula pada 10.00 Pagi hingga 4.00 Petang. Program ini adalah kerjasama CIMB dan pihak PEDi Tambun Tulang.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali