Kelas Basic Canva : Presentation

26 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pihak pengurusan PEDi Tambun Tulang dan PEDi Padang Besar Selatan telah mengadakan Program Kelas Basic Canva : Presentation kepada pelajar SMK Kuala Perlis. Program ini disertai oleh 15 orang pelajar dan berlangsung dari 3.00 petang hinggan 5:30 petang. Tujuan program ini diadakan untuk berkongsi ilmu dan tips menggunakan Canva sebagai medium untuk pelajar mendapatkan template dan mudah untuk mereka menghasilkan slide yang menarik.

Antara isi kandungan program adalah mengenai penggunaan CANVA sebagai medium untuk mendapatkan template dan animasi yang kreatif untuk menghasilkan slide yang menarik dan mudah. Mereka juga diajar teknik untuk mempersembahkan maklumat mengikut kesesuaian majlis dan kelas yang memerlukan mereka menjalankan pembentangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali