Program Saya Anak Merdeka 2023

15 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2023 telah berlansung Program Saya Anak Merdeka 2023 di Perpustakaan Desa Tambun Tulang bermula pada 9 pagi hingga 12:30 tengah hari. Tujuan aktiviti ini diadakan satu program yang diadakan bagi memupuk semangat patriotik dalam diri setiap pelajar. Antara matlamat yang ingin dicapai sepanjang program ini ialah mewujudkan jati diri dan semangat cintakan negara serta mempelajari perjuangan orang terdahulu mempertahankan negara.

Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PEDi Tambun Tulang antaranya aktiviti mewarna bendera menggunakan warna air, bernyanyi dan bersyair. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan

Kembali Ke Atas

kembali