Advokasi KDB @ Pengurusan Harta Pusaka dan Wasiat

21 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2023, telah berlangsung Advokasi @ Pengurusan Harta Pusaka dan Wasiat. Program ini berlangsung di Pusat Ekonomi Digital RPA Arau bermula pada 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Great Eastern. Program ini diadakan untuk memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai pentadbiran dan pengurusan harta pusaka menurut hukum syarak.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali