Advokasi KDB @ Program Jom Ngaji 2023

14 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2023, Advokasi KDB @ Program Jom Ngaji 2023. Program ini berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tambun Tulang bermula pada 9 pagi hingga 12:15 tengah hari. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah sebagai kempen global untuk menggalakkan setiap individu untuk Baca, Faham dan Amal nilai-nilai daripada al-Quran dalam kehidupan seharian mereka serta memberikan inspirasi kepada ummah untuk menyerlahkan karakter Muslim berlandasan al-Quran. Disamping itu diselitkan juga taklimat advokasi Klik dengan Bijak untuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu kepada masyarakat mengikut peringkat umur.

Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PEDi Tambun Tulang antaranya kuiz Klik dengan Bijak. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali