Advokasi KDB @ Jualan Argo Madani

27 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2023, telah berlangsung Advokasi Advokasi KDB @ Jualan Argo Madani. Program ini berlangsung di Perkarangan Masjid Tambun Tulang bermula pada 10.00 pagi hingga 10.30 pagi. Program ini berlangsung dengan kerjasama FAMA Negeri Perlis. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang PEDi yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada remaja di peringkat pengajian tinggi.

Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PEDi Tambun Tulang antaranya kuiz Klik dengan Bijak. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali