Taklimat Klik Dengan Bijak @ Perpustakaan Desa Tambun Tulang

11 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pihak pengurusan PEDi Tambun Tulang dengan kerjasama Perpustakaan Desa Tambun Tulang telah menjalankan program Taklimat Klik Dengan Bijak. Program ini dijalankan di Perpustakaan Desa Tambun Tulang pada 3:00 petang hingga 5:00 petang dengan melibatkan 12 orang peserta. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan pencegahan kepada golongan belia sekitar Tambun Tulang. Antara isi kandungan program adalah mengenai Klik Dengan Bijak : Oversharing dan Maklumat Palsu. Selain itu, aktiviti lain seperti kuiz dan cabutan bertuah juga turut dijalankan untuk menarik minat peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali