Program Kacau Bubur Lambuk Sempena Ramadhan Bersama Komuniti Batas Lintang

2 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 1 April 2023, KRT telah menganjurkan Program Kacau Bubur Lambuk Sempena Ramadhan Bersama Komuniti Batas Lintang. Aktiviti memasak bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan komuniti setempat yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silatur rahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan komuniti batas Lintang bersama staff PEDi.

Aktiviti ini bermula pada pukul 9 pagi dengan kaum wanita mengupas bawang, basuh bahan basah dan memotong sayur-sayuran sebagai bahan masakan, manakala kaum lelaki menyediakan peralatan serta tempat memasak. Setelah bubur dimasak, aktiviti pembungkusan dilaksanakan secara gotong- royong oleh staf yang berkelapangan. Bubur lambuk kemudian diagihkan kepada komuniti dan staff PEDi bermula pada pukul 2 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali