Advokasi KDB @ Aktiviti membuat Kad Raya

21 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2023, Advokasi KDB @ Aktiviti membuat Kad Raya. Program ini berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tambun Tulang bermula pada 3.00 Petang hingga 5.00 Petang. Program ini diadakan adalah untuk mengajar peserta menggunakan powerpoint dalam membuat kad ucapan Selamat Hari Raya. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali