Advokasi KDB @ Kelas Masakan KEMAS

4 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Ogos 2023, telah berlangsung Advokasi KDB @ Kelas Masakan KEMAS. Program ini berlangsung di Perpustakaan Desa Behor Mali bermula pada 3.00 Petang hingga 5.30 Petang. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak KEMAS Negeri Perlis. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang PEDi yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada komuniti setempat.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali