STeM Kenali Warna (Genius Tambun Tulang)

12 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2023, telah berlangsung STeM kenali warna permata genius Tambun Tulang. Program ini berlangsung bermula pada pukul 10.30 pagi – 12.30 tengah hari. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada kanak kanak kepada warna yang terhasil dan lebih mengenali jenis jenis warna. PEDi yang terlibat adalah PEDi Batas Lintang, PEDi Tambun Tulang. Staff PEDi berkongsi mengenai kempen keselamatan ICT iaitu Klik Dengan Bijak kepada komuniti yang datang.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali