Advokasi KDB @ Program Pemasaran Digital (Shopee)
13 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mei 2023, Advokasi KDB @ Program Pemasaran Digital (Shopee). Program ini berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat Kuala Perlis bermula pada 9 pagi hingga 9.30 pagi. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang PEDi yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada remaja di peringkat pengajian tinggi. Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PEDi Tambun Tulang antaranya kuiz Klik dengan Bijak.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: