Kelas Photophone KEMAS: CANVA

25 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pihak pengurusan PEDi Padang Besar Selatan dan PEDi Tambun Tulang telah mengadakan Program Kelas Photophone KEMAS: CANVA bersama usahawan KEMAS. Program ini dijalankan di PEDI Padang Besar Selatan pada 9:00 pagi hingga 5:30 petang dengan melibatkan 15 orang peserta. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips menggunakan telefon bimbit menangkap gambar yang menarik untuk membantu usahawan memasarkan produk mereka di media sosial dan mencipta logo yang menarik untuk perniagaan mereka.

Antara isi kandungan program adalah mengenai penggunaan CANVA sebagai alat untuk menghasilkan sesuatu kreativiti seperti logo perniagaan. Menjelaskan kepentingan LOGO dalam perniagaan supaya usahawan lebih menitikberatkan penghasilan logo dengan menggunakan template di CANVA.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali